Ia direka khas untuk para pelabur arif Muslim berisiko tinggi mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan dalam sekuriti-sekuriti tersenarai di pasaran ekuiti Malaysiayang mematuhi prinsip-prinsip Shariah.
Alliance Dana Adib melabur sebanyak 50% - 90% dalam sekuriti patuh-Shariah dan 10% - 50% dalam sukuk dan aset cair.
Untuk memaksimumkan pulangan, Pengurus Dana akan menggabungkan kedua-dua pendekatan atas-bawah dan bawah-atas dalam memilih sekuriti ekuiti patuh-Shariah dengan tumpuan kepada saham-saham bernilai dan berdaya tumbuh tinggi yang mempunyai potensi keuntungan tinggi.
Kenapa Melabur dalam Alliance Dana Adib ?
- Bertujuan untuk menawarkan satu cara bersifat Islam kepada para pelabur arif untuk memperolehi pertumbuhan modal
- Dipantau oleh Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd yang berperanan sebagai penasihat Shariah kepada Dana, dengan itu menyakinkan para pelabur yang operasinya adalah berlandaskan prinsip-prinsip Shariah
- Kurang turun-naik kerana Dana melabur dalam saham-saham dan sekuiriti-sekuriti yang patuh-Shariah sahaja
- Tiada yuran penebusan, jumlah penebusan minimum dan sekatan kepada kekerapan penebusan
- Tiada yuran untuk pertukaran yang tiada batasan antara dana-dana AIMB. Walau bagaimanapun, para pelabur Muslim tidak digalakkan untuk membuat pertukaran kepada dana-dana konvensional
- Tiada yuran perpindahan
- Tiada yuran keluar
Kelebihan Umum
- Mampu Dimiliki - Di bawah Pelan Tunai, pelaburan awal minimum dan pelaburan tambahan ialah masing-masing RM 1000 dan RM 100. Sebagai alternatif, anda juga boleh menyertai Pelan Simpanan dari serendah RM 500 dan pelaburan bulanan sebanyak RM 50 sebulan
- Liputan Seluruh Negara - Dana boleh diperolehi melalui penasihat bebas untuk AIMB dan semua cawangan Alliance Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Affin Bank Bhd, Phillip Mutual Bhd, ECM Libra Aveneu Securities Sdn Bhd, AmPrivate Banking dan cawangan serantau RHB Investment Management Bhd
- Kecairan - Anda boleh menjual semula unit anda dengan mudah kepada AIMB pada harga nilai aset bersih (NAB) yang disebut pada penghujung hari urusniaga
- Selamat dan Ketelusan - Aset telah diamanahkan pada Universal Trustee Malaysia Bhd, iaitu satu pemegang amanah bebas. Penyata kewangan Dana juga diaudit oleh firma perakaunan antarabangsa yang terkemuka
- Pengurusan Profesional - Dana diuruskan oleh pengurus Dana yang telah dilantik. Oleh itu, anda tidak perlu melalui proses permohanan saham atau menganalisa pasaran saham
